| Info Product Clenz |
|
|
|
|
CLENZ
Mencuci muka, memberus gigi dan mandi merupakan sebahagian daripada rutin harian kita. Namun, kita sentiasa mengabaikan kebersihan saluran usus kita. Kita mengambil pelbagai jenis makanan setiap hari. Selepas melalui proses pencernaan dan penyerapan nutrien, makanan akan berubah jadi najis yang bertakung di dalam usus besar kita. Najis ini mengandungi banyak kuman dan 22 jenis hasil metabolisme yang menjejaskan kulit kita termasuk hidrogen sulfida, karbon dioksida, benzena, indola, bakteria, toksin dan aldehid serta garam-garam logam yang berbahaya. Jika bahan-bahan berbahaya ini tidak disingkirkan dengan serta-merta, ia akan diserap semula oleh membran usus dan mengakibatkan keracunan berlaku. Ia juga menyebabkan ketidakseimbangan fungsi usus besar dan sembelit. Banyak kajian saintifik yang telah dijalankan membuktikan bahawa kanser kolon adalah disebabkan oleh keracunan tersebut.
Penyerapan semula toksin-toksin oleh usus besar akan menyebabkan usus besar tercemar, najis bertakung dan penghasilan toksin.Selain itu, ia juga adalah faktor karsinogenik yang menyebabkan pembiakan kuman. Ia seumpama sebatang sungai yang busuk dan kotor, membolehkan penyakit-penyakit membiak dalam tubuh badan. Akhirnya, kekotoran di dalam darah akan merosakkan fungsi tubuh badan, menyebabkan kesumbatan kelenjar-kelenjar limpa, kemerosotan daya keimunan, membebankan hati dan buah ginjal,
1.Penyahtoksikan
Labu mengandungi pektin dan banyak vitamin. Pektin mempunyai daya penyerapan yang kuat dan dapat menyerap serta menghapuskan bakteria, toksin dan bahan-bahan berbahaya lain di dalam tubuh badan seperti logam-logam berat plumbum, merkuri dan unsur-unsur radioaktif di samping menjalankan peneutralan toksin. 2.Menguatkan Usus dan Menyihatkan Perut Oligosakarida: Punca makanan untuk bakteria baik dan meningkatkan keaktifan dan daya pembiakan probiotik untuk menghapuskan koloni-koloni bakteria jahat. Mengekalkan sistem pencernaan yang sihat, mengurangkan bakteria-bakteria jahat di samping mengurangkan risiko kanser kolon dan rektum. Ia juga melindungi lapisan mukosa perut. Merangsang rembesan hempedu secara perlahan, meningkatkan peristalsis sistem pencernaan dan membantu pencernaan makanan. Meningkatkan sistem perkumuhan secara komprehensif serta mengatasi masalah edema, perut kembung, buasir, ketakcernaan, nafas berbau dan buang angin yang kerap. Penyingkiran najis yang tetap dari segi masa dan kuantiti: Dapat memperbaiki masalah sembelit kronik serta kelaziman masuk tandas lebih konsisten. 3.Kesihatan Mata 1. L-theanine membantu dalam peningkatan daya penumpuan dan daya pembelajaran serta boleh melegakan tekanan dan membantu meningkatkan kualiti tidur. 2. Pati Folium Nelumbinis terbukti dari segi farmakologi dapat merendahkan trigliserid dan kolesterol dalam plasma di samping menyelaraskan kesihatan dan mengelakkan kitaran semula bahan-bahan berbahaya di dalam tubuh badan manusia. 3. Lutein (Pati Bunga Marigold) a. Sebagai Pelindung Penglihatan, menambahkan "xanthophyl" di bahagian retina (bahagian visi mata) untuk melegakan mata dan sebagai sandaran kesihatan mata. b. Mencegah kehilangan penglihatan mata secara beransur-ansur dan mengurangkan kemungkinan penyakit-penyakit mata yang mengakibatkan kebutaan mata di kalangan orang tua seperti penurunan fungsi mata kerana pengaruh usia. c. Berfungsi sebagai penapis untuk menapis sinaran UV matahari, mentol lampu, televisyen dan komputer. d. Menjaga tahap kolesterol yang sihat dengan menghalang pembentukan dan pengoksidaan kolesterol berbahaya. 4.Penambahan Nutrien
Rumput gandum kaya dengan sumber klorofil, asid-asid amino, Vitamin A dan Vitamin B Kompleks yang baik untuk penghasilan tenaga.
|
Info Product - Clenz
.gif)
















